Napoli akhirnya menamatkan penantian lama mereka untuk menjadi juara Serie A Itali pada awal pagi Jumaat waktu Malaysia.

Ianya selepas mereka mencatatkan keputusan seri 1-1 di Udinese. Satu mata dalam perlawanan ini sudah cukup untuk memastikan kejuaraan liga ketiga menjadi milik mereka.

Napoli menjadi juara awal dengan baki 5 perlawanan lagi.

Beribu-ribu peminat di Udine, di Stadio Maradona di Naples dan di sekitar bandar terbesar di selatan Itali itu bersorak kegembiraan pada wisel penamat apabila penantian selama 33 tahun berakhir.

Penyokong beramai-ramai ke padang di Arena Dacia untuk meraikan kejuaraan  selepas musim yang dikuasai oleh pasukan Luciano Spalletti.

Victor Osimhen menjaringkan gol kejuaraan ketika Napoli bangkit daripada ketinggalan kepada gol pembukaan Sandi Lovric pada separuh masa pertama.

Napoli berjaya mengulangi pencapaian pasukan yang diketuai Diego Maradona yang memenangi liga pada 1987 dan 1990.

Spalletti dan pasukannya akan menerima sambutan yang penuh emosi apabila mereka kembali ke Naples, di mana pesta kejuaraan itu akan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya sehinggalah aksi di tempat sendiri menentang Fiorentina pada petang Ahad.

Osimhen pastinya akan diingati sebagai legenda seperti mana Diego Maradona satu ketika dahulu.

Namanya sudah menjadi perhatian banyak kelab besar lain di Eropah. Osimhen sendiri mengakui misi utamanya adalah membantu kelab itu menjuarai Serie A.

Dan ini bermakna dia selepas ini akan ‘direstui’ peminat dengan hati terbuka jika dia mahu meninggalkan kelab itu. Sudah tentunya dia akan dikenang sebagai legenda.

Napoli menjadi salah sebuah pasukan paling mengujakan di Itali dalam beberapa musim kebelakangan ini. Terutama sekali bermula pada era Maurizio Sarri.

Namun perkara yang mereka tidak miliki adalah kejuaraan liga mahupun piala domestik. Membuatkan mereka kerap kehilangan pemain penting kepada pasukan lain.

Kehadiran Luciano Spalletti telah mengubah sejarah Napoli era baharu ini

Napoli mendahului 16 mata ke atas Lazio di tempat kedua.

Dan Kini Napoli sah bergelar juara Serie A sekali lagi. Napoli meneruskan lagi rekod yang dicipta 2 pasukan dari bandar Milan, AC Miland dan Inter yang menamatkan dominasi luar biasa Juventus dalam Serie A sebelum ini.

Taniah kepada Napoli!